REN (Real Estate Negotiator) merupakan pembantu agensi hartanah yang berdaftar dengan LPPEH (Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Estet dan Pengurus Harta).
REN tidak boleh bergerak sendirian dan mesti bernaung di bawah agensi hartanah yang berdaftar dengan LPPEH.
Ada beberapa Ejen Hartanah di Kelantan yang berdaftar dengan LPPEH. Anda boleh membuat semakan sendiri di laman LPPEH.
Bagaimana nak tahu REN / Ejen yang berdaftar?
Setiap REN yang berdaftar diberikan tanda nama (REN tag) untuk membuktikan bahawa mereka adalah REN yang sah dan berdaftar. Anda boleh meminta REN untuk menunjukkan REN tag mereka semasa berurusan bagi memastikan status mereka dengan jelas.
Contoh REN tag:
Selain itu, semakan jugak boleh dibuat mengenai status REN di laman web LPPEH : http://search.lppeh.gov.my dengan memasukkan nombor REN mereka.
Contoh hasil semakan REN di LPPEH:
Semakan status ejen@agensi hartanah berdaftar jugak boleh dibuat dengan memasukkan nama agensi / nombor agensi hartanah berkaitan.
Contoh hasil semakan agensi hartanah di LPPEH:
Sila pastikan anda berurusan dengan REN & agensi hartanah yang berdaftar untuk memastikan semua urusan adalah telus dan terjamin.