fbpx

Jenis-jenis rumah

Terdapat pelbagai jenis rumah di Malaysia dan di Kelantan secara khususnya. Antara yang biasa adalah rumah banglo, rumah semi d, rumah teres dan apartmen.


Rumah Banglo

Rumah banglo atau rumah sesebuah merupakan antara pilihan utama dikalangan masyarakat Kelantan. Antara faktor pilihan adalah kerana sebahagian besar mempunyai tanah sendiri untuk pembinaan rumah banglo atau rumah sesebuah ini. Rumah banglo mempunyai laman atau kawasan tanah yang membolehkan pemilik untuk menjalankan pelbagai aktiviti di sekeliling rumah mereka seperti bercucuk tanam, membuat taman persendirian, membina kolam hiasan/ kolam renang serta macam-macam lagi mengikut kesesuaian masing-masing.


Rumah Semi D

Rumah semi d / rumah berkembar hampir sama dengan rumah banglo. Perbezaannya hanya rumah semi d bercantum dengan rumah sebelah (berkembar). Masih lagi mempunyai laman atau kawasan tanah yang juga membolehkan pemilik menjalankan pelbagai aktiviti di sebahagian besar daripada kawasan tersebut.


Rumah Teres

Rumah teres pula melibatkan rumah yang bercantum berderetan melibatkan tiga atau lebih buah rumah. Kawasan laman atau tanah bagi rumah teres adalah agak terhad bagi rumah lot tengah iaitu di kawasan hadapan dan belakang rumah sahaja. Namun, bagi lot tepi (corner lot) kawasan laman atau kawasan tanah adalah agak luas. Kebiasaannya, bagi projek rumah teres, rumah lot tepi (corner lot) selalu menjadi rebutan pembeli kerana mempunyai laman yang luas berbanding lot tengah.


Apartmen

Apartmen atau pangsapuri merupakan rumah bertingkat yang melibatkan biasanya dari 4/5 tingkat dan ke atas. Bagi apartmen, pemilik tidak mempunyai akses untuk kawasan tanah kecuali pemilik tingkat bawah sahaja (bergantung kepada projek).

Walau bagaimanapun, setiap jenis rumah mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Terpulang kepada pemilik/pembeli untuk menilai berdasarkan keperluan serta pemampuan sendiri.



HARTANAH KELANTAN

"KEDIAMAN & KEDAMAIAN"

Join The Discussion

Compare listings

Compare