fbpx

MRTA/MRTT/MLTA/MLTT … NAK PILIH YANG MANA?

Apa itu MRTA/MRTT/MLTA/MLTT?

  • MRTA – Mortgage Reducing Term Assurance
  • MRTT – Mortgage Reducing Term Takaful
  • MLTA – Mortgage Level Term Assurance
  • MLTT – Mortgage Level Term Takaful

Secara asasnya kesemua MRTA/MRTT/MLTA/MLTT  adalah insurans bagi perlindungan pinjaman perumahan.

Mari kita lihat perbandingan antara istilah-istilah yang digunakan.

1) Assurance dan Takaful.

Assurance merujuk kepada insurans konvensional, manakala Takaful merujuk kepada insurans mengikut prinsip kewangan islam. Jadi, bagi muslim elok pilih yang Takaful lah yer. Abaikan yang Assurance tu… ok…

2) Reducing dan Level.

Reducing bermaksud menyusut/berkurang. Yang mana nilai yang dilindungi menyusut mengikut tempoh/kadar tertentu.
Level pula bermaksud sama/kekal. Yang mana nilai yang dilindungi adalah sama/kekal sepanjang masa.

Kita tengok pula cara bayaran.

Kita terus ambil contoh MRTT/MLTT la yer..  MRTA/MLTA kita letak tepi…


Untuk MRTT, jumlah caj perlu dibayar lump-sum mengikut tempoh dan kadar pinjaman serta boleh dimasukkan dalam jumlah pinjaman perumahan.
Manakala MLTT perlu dibayar secara berkala (cth: bulanan) dan tidak boleh dimasukkan dalam jumlah pinjaman perumahan. Sekiranya ter’miss’ bayaran maka perlindungan boleh terbatal.

Kita tengok contoh jumlah perlindungan secara kasar yer;

Jumlah Pinjaman: RM500,000

1) MRTA :

Jumlah pinjaman = RM515,000
MRTA = RM15,000 (bukan nilai sebenar)
Tempoh pinjaman = 35 tahun

Selepas 10 tahun, jumlah perlindungan telah berkurang kepada baki pinjaman semasa = RM400,000 (sekadar nilai anggaran). Sekiranya berlaku kematian pada masa ini, MRTT akan menyelesaikan baki pinjaman (contoh: RM400,000) sahaja.

2. MLTT :

Jumlah pinjaman = RM500,000
MLTT : bayaran bulanan
Tempoh pinjaman = 35 tahun


Selepas 10 tahun, jumlah perlindungan kekal pada RM500,000. Sekiranya berlaku kematian pada masa ini, MLTT akan menyelesaikan baki pinjaman (contoh: RM400,000) serta waris mendapat lebihan daripada jumlah perlindungan (RM100,000).


*Nota disclaimer:

1) Nilai yang diberi HANYA untuk ilustrasi semata bukan mengikut nilaian sebenar. Sila dapatkan nasihat daripada banker untuk nilai yang tepat.
2) Untuk pinjaman LPPSA (kerajaan) hanya MRTT sahaja tiada pilihan untuk ambil MLTT .




HARTANAH KELANTAN

"KEDIAMAN & KEDAMAIAN"

Join The Discussion

Compare listings

Compare