fbpx

Status Anak Kelantan

Status Anak Kelantan adalah antara kriteria utama dalam urusan hartanah di Kelantan. Ini kerana sebahagian besar daripada hartanah Kelantan hanya boleh dimiliki oleh Anak Kelantan.

Selain daripada pemegang kad pengenalan dengan nombor “03/29” beberapa kriteria dapat menentukan status Anak Kelantan mengikut Seksyen 2, Enakmen Tanah Kelantan 1938 (Enakmen No. 26 Tahun 1938). Takrifan Anak Kelantan tersebut adalah;

a) Seseorang yang lahir di Kelantan, ayahnya adalah Melayu

b) Seseorang yang lahir di Kelantan, ibunya seorang melayu dan bapanya seorang muslim

c) Seseorang yang lahir di mana sahaja, bapanya Melayu lahir di Kelantan

d) Seseorang yang lahir di mana sahaja, bapa atau ibunya Melayu dan tinggal di Kelantan sekurang-kurangnya 15 tahun.

e) Seseorang yang lahir di Kelantan dan bapanya juga lahir di Kelantan


Mana-mana takrif ini adalah diterima pakai untuk mengesahkan status Anak Kelantan terutama apabila melibatkan urusan hartanah Kelantan seperti pindah milik tanah dan gadaian tanah.


HARTANAH KELANTAN

"KEDIAMAN & KEDAMAIAN"

Join The Discussion

Compare listings

Compare